Pages

Friday 29 July 2011

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

ARKIB : 06/05/2011

 

Pendidikan teknikal dan vokasional dinaik taraf tarik pelajar terbaik

PUTRAJAYA 5 Mei - Kerajaan berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata, Jabatan Pembanguan Kemahiran akan memastikan kurikulam semua pusat latihan kemahiran memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.

               Sebagai langkah penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT."TEVT selepas ini diharapkan bukan lagi menjadi aliran pilihan kedua ataupun terakhir bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik sahaja tetapi akan menjadi aliran pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini," katanya ketika melancarkan Kempen SkillsMalaysia 2011, anjuran Kementerian Sumber Manusia, di sini hari ini. Muhyiddin berkata kaunselor di sekolah menengah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing pelajar agar lebih ramai pelajar memilih aliran TEVT.

              Penjenamaan SkillsMalaysia adalah satu daripada 19 projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Jan lepas.Muhyiddin berkata kerajaan menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap kemahiran setaraf dengan kelayakan ijazah, sarjana dan doktor falsafah."Melalui peluang peningkatan ini, tenaga mahir pengetahuan dapat dilahirkan selaras dengan perubahan teknologi. Amalan baik dari negara maju seperti Australia dan Jepun dijadikan sebagai rujukan dalam merancang peluang latihan ke tahap lebih tinggi," katanya.Beliau berkata kerajaan juga telah melancarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan pekerja berpengetahuan, iaitu 70 peratus latihan di tempat kerja sebenar di industri dan 30 peratus di pusat latihan.Kerajaan menyasarkan seramai 27,500 perantis dilatih dengan melibatkan 967 syarikat bagi tempoh 2011-2015 di bawah SLDN.

       Sejak 2006 hingga 2010, seramai 25,021 perantis telah dilatih melibatkan 1,028 syarikat dalam pelaksanaan SLDN.Seiring dengan peningkatan pelajar, Muhyiddin berkata kerajaan menyasarkan menyediakan 13,200 orang tenaga pengajar yang mahir dan berkualiti menjelang 2020 di bawah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)."Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan dan syarat yang menyukarkan kemasukan mereka akan dikaji semula," katanya. - BERNAMA.