Pages

Thursday, 9 June 2011

Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup

         Konsep pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran :
          - membuat lakaran bentuk-bentuk asas
          - mereka bentuk dan penghasilan projek
          - mengenal pasti dan membezakan litar elektrik
          - menyenggara dan membaik pulih alatan
          - menghasilkan tumbuhan hiasan
          - mengusahaniaga barang


         Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai  kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru
hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik supaya proses penerimaan ilmu yang disampaikan oleh guru-guru lebih mudah dan berkesan.



       Oleh itu, salah satu lokasi penting yang perlu dititik beratkan pengurusannya supaya menjadi sebuah bilik yang sangat kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran ialah bengkel Kemahiran Hidup (KH). Peranan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup sama ada di sekolah menengah atau rendah amat diperlukan bagi memastikan bengkel  KH ini sentiasa sedia untuk digunakan secara kondusif dapat direalisasikan.


      Berikut merupakan sebahagian paparan yang boleh dijadikan panduan guru-guru Kemahiran Hidup untuk mengurus bengkel KH di sekolah.

Papan Panel Alatan Tangan

Papan Panel Alatan Tangan dihias dengan menarik dan tersusun rapi.

Papan Panel Alatan Tangan

Papan Panel Alatan Tangan

Papan Panel Alatan Tangan

Papan Panel Alatan

Peti Pertolongan Cemas perlu ada di dalam bengkel Kemahiran Hidup untuk digunakan semasa memberikan rawatan kecemasan kepada pelajar.

Sudut Pameran bagi memaparkan hasil kerja murid yang boleh dijadikan contoh kepada pelajar lain.

Rak pameran hasil kerja murid.

Contoh hasil kerja murid yang dihasilkan dengan menggunakan bahan kitar semula.

Hasil kerja murid yang pelbagai mencerminkan bahawa penerapan konsep kreatif dan inovatif telah berjaya dilaksanakan.

Hasil kerja murid yang sangat menarik dan kreatif ini boleh dijadikan sebagai bahan yang  dapat dipasarkan semasa program keusahawanan.

Guru yang rajin dan tekun akan dapat menggunakan kreativitinya untuk menghias bengkel dengan maklumat yang berguna untuk menceriakan bengkel dan membantu p&p guru supaya lebih berkesan.

Carta yang digunakan untuk memaparkan cara pemakaian yang betul semasa dibengkel Kemahiran Hidup

Hiasan dinding dengan menggunakan gambar alatan tangan yang berlabel nama alatan

Papan maklumat yang sungguh cantik dan ceria dapat menarik minat pelajar untuk membacanya.

Papan maklumat yang sangat berinformasi.

Sudut pameran dinamakan sebagai Sudut Kreatif  bagi memaparkan hasil kerja murid yang terbaik.

Ruang kosong digunakan semaksimum mungkin untuk diisikan dengan maklumat berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Carta gantung dibeli dengan menggunakan wang PCG bagi kegunaan p&p guru.

Meja guru yang sentiasa kemas mencerminkan keperibadian seorang guru yang cemerlang.

        Paparan di atas merupakan dapatan dari pemantauan bengkel-bengkel KH di sekitar sekolah-sekolah di daerah Kota Tinggi. Sekiranya guru-guru di sekolah yang gambar bengkelnya dipaparkan diblog ini dapat mewujudkan sebuah bengkel yang sangat kondusif dan ceria.

        Bagaimana dengan bengkel anda??? 
 Saya pastinya semua guru boleh melakukan sekiranya ada kerjasama dan kemahuan untuk berubah sebagaimana tema hari guru 2011- Guru Penjana Transormasi Pendidikan Negara...





1 comment: