Tempat : Dewan Sri Warisan, PPD Kota Tinggi
Masa : 2.30 petang
Peserta : JU, KP, Guru mengajar tingkatan 3 KHB.
Tujuan:
Mesyuarat yang dijalankan adalah bagi mengenalpasti permasalahan berkaitan pencapaian mata pelajaran KHB pilihan KT, ERT, Pertanian dan PK yang kurang memuaskan dalam peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3 2011.
Dapatan selepas audit dan "postmoterm" dijalankan.
1. Kekuatan
-Mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan opsyen yang mencukupi.
-Mempunyai prasarana yang mencukupi dan baik.
-Mempunyai sumber bahan bantu mengajar yang mencukupi sama ada dalam bentuk soalan latihan dari
negeri lain, PPD, JPNJ dan buku rujukan KHB.
-Mempunyai perancangan program kecemerlangan bagi mata pelajaran KHB seperti bengkel teknik
menjawab dan latih tubi topikal terancang.
-Pelajar berpeluang untuk memperolehi markah yang baik dalam perlaksanaan PBS KHB.
2. Kelemahan
-Pelajar yang menduduki peperiksaan pertengahan tahun tidak membuat ulangkaji persediaan bagi topik
tingkatan 1 dan 2.
-Pelajar kurang bermotivasi untuk mengulangkaji lebih awal sebelum sesuatu peperiksaan.
-Terdapat kelompok pelajar yang lemah kemahiran asas penguasaan Bahasa Malaysia dan menyebabkan
pelajar tidak dapat memahami soalan yang dibaca.
-Terdapat item soalan yang disediakan secara selaras diperingkat daerah mempunyai kesilapan yang tidak
sepatutnya seperti kesalahan ejaan, pilihan jawapan meragukan, dan gambarajah tidak jelas.
-Kurang pemahaman dan penguasaan istilih saintifik bagi KHB pilihan Pertanian.
3. Strategi Peningkatan
-Penyediaan bank soalan topikal bagi topik tingkatan 1 dan 2 akan dihasilkan oleh barisan Guru
Cemerlang, Jurulatih Utama, dan Ketua Panitia KHB.
-Melaksanakan konsep latihan topikal terancang bagi topik tingkatan 1 dan 2 pada tahun hadapan dengan
lebih awal sebelum peperiksaan setengah tahun.
-Menyarankan guru-guru melakukan analisis item bagi setiap soalan yang dijawab bagi mengenalpasti topik
yang belum dikuasai oleh para pelajar.
-Mengadakan program gerak gempur seminggu sebelum percubaan PMR.
-Menganjurkan program teknik menjawab bagi pelajar-pelajar "near miss" cemerlang diperingkat daerah.
-Pihak PPD membekalkan set soalan latihan berformatkan peperiksaan sebenar sebagai salah satu usaha
meningkatkan pencapaian mata pelajaran KHB sebelum PMR (minimum 1000 soalan).
-Pihak JPNJ bersama majlis guru cemerlang negeri Johor membekalkan modul Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang boleh digunakan dalam penyediaan soalan latihan PLAN-J secara topikal.
-Mengenalpasti calon sasaran cemerlang bagi setiap sekolah dan guru-guru perlu memantau kemajuan
pencapaian headcount pelajar.
-Membantu pelajar yang GALUS supaya dapat menjawap soalan aras rendah dan sederhana semaksimum
mungkin.
Iron Wok - Titanium Arts
ReplyDelete› metal-wok- › metal-wok- Iron Wok. Iron Wok is titanium grades an American-inspired electronic titanium build for kodi synthesizer that was developed for the titanium scrap price Sega Genesis. It is the first of titanium ore its kind that has a built-in Rating: 4.3 12,400 titanium gravel bike votes $9.95 In stock
n327o4ujbvf801 real dolls,dual stimulator,sex chair,penis sleeves,dildos,cheap sex toys,G-Spot Vibrators,horse dildo,sex toys z803p9kelaz278
ReplyDelete