Pages

Thursday, 28 July 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1432

NIAT PUASA
Motivasi yang kuat untuk berpuasa menyebabkan fizikal kita bersedia untuk menghadapi sesuatu yang diakibatkan oleh puasa tersebut. Dinyatakan bahawa kadar perut kembung orang yang niat puasa lebih rendah dari orang yang kelaparan. Hal ini kerana niat(motivasi) puasa menyebabkan penekanan pusat lapar di otak sehingga kita bersedia menahan lapar sampai waktu berbuka.

SENTIASA MAKAN SAHUR SAHUR

Makan sahur penting bagi kita untuk memperoleh tenaga dalam melakukan aktiviti seharian. Bila tidak sahur seseorang akan mudah menjadi hipoglikimia dimana kadar gula dalam darah turun. Hal ini menyebabkan tubuh cepat menjadi lesu, lemah dan mengantuk, bahkan mudah marah.

HINDARI MAKANAN DAN MINUMAN YANG BANYAK MENGANDUNGI GULA SEMASA SAHUR
Makanan dan minuman yang terlalu banyak mengandungi gula akan menyebabkan tubuh menghasilkan insulin untuk segera meneutralkan kadar gula dalam darah. Akibatnya rasa lapar akan cepat timbul dan badan menjadi cepat lemas dan lesu. Perbanyakan makanan yang mengandung protein tinggi kerana protein akan diolah lebih lambat disbanding jenis makanan lain.

SEGERA BERBUKA PUASA PADA WAKTUNYA
Segeralah berbuka dengan makanan yang manis (kurma) dan secukupnya, makanan yang manis lebih baik untuk usus yang kosong dan lebih cepat diubah menjadi tenaga.Makan dan minum kamu janganlah berlebihan.


BERSUKAN DI BULAN RAMADHAN
Salah satu penyebab cepat lelah ketika puasa adalah kebiasaan yang salah ramai-ramai bersukan selepas sahur. Waktu yang tepat untuk bersukan di bulan Ramadhan adalah beberapa jam (1-2 jam) menjelang berbuka puasa dan disarankan tidak melakukan sukan yang terlalu berat.

MENJAGA KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT SEMASA BERPUASA
Ketika puasa semua kegiatan makan dan minum berhenti terus sehingga penghasilan kelenjar air liur mulut berkurang dan mulut menjadi cepat masam dan berbau. Kerana itu dianjurkan untuk segera menggosok gigi sehabis makan sahur agar sisa-sisa makanan tidak membusuk di rongga mulut.


sumber :Penyidi.blogspot.com

1 comment: