NIAT PUASA
Motivasi yang kuat untuk berpuasa menyebabkan fizikal kita bersedia untuk menghadapi sesuatu yang diakibatkan oleh puasa tersebut. Dinyatakan bahawa kadar perut kembung orang yang niat puasa lebih rendah dari orang yang kelaparan. Hal ini kerana niat(motivasi) puasa menyebabkan penekanan pusat lapar di otak sehingga kita bersedia menahan lapar sampai waktu berbuka.
SENTIASA MAKAN SAHUR SAHUR
Makan sahur penting bagi kita untuk memperoleh tenaga dalam melakukan aktiviti seharian. Bila tidak sahur seseorang akan mudah menjadi hipoglikimia dimana kadar gula dalam darah turun. Hal ini menyebabkan tubuh cepat menjadi lesu, lemah dan mengantuk, bahkan mudah marah.
HINDARI MAKANAN DAN MINUMAN YANG BANYAK MENGANDUNGI GULA SEMASA SAHUR
Makanan dan minuman yang terlalu banyak mengandungi gula akan menyebabkan tubuh menghasilkan insulin untuk segera meneutralkan kadar gula dalam darah. Akibatnya rasa lapar akan cepat timbul dan badan menjadi cepat lemas dan lesu. Perbanyakan makanan yang mengandung protein tinggi kerana protein akan diolah lebih lambat disbanding jenis makanan lain.
SEGERA BERBUKA PUASA PADA WAKTUNYA
Segeralah berbuka dengan makanan yang manis (kurma) dan secukupnya, makanan yang manis lebih baik untuk usus yang kosong dan lebih cepat diubah menjadi tenaga.Makan dan minum kamu janganlah berlebihan.
BERSUKAN DI BULAN RAMADHAN
Salah satu penyebab cepat lelah ketika puasa adalah kebiasaan yang salah ramai-ramai bersukan selepas sahur. Waktu yang tepat untuk bersukan di bulan Ramadhan adalah beberapa jam (1-2 jam) menjelang berbuka puasa dan disarankan tidak melakukan sukan yang terlalu berat.
MENJAGA KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT SEMASA BERPUASA
Ketika puasa semua kegiatan makan dan minum berhenti terus sehingga penghasilan kelenjar air liur mulut berkurang dan mulut menjadi cepat masam dan berbau. Kerana itu dianjurkan untuk segera menggosok gigi sehabis makan sahur agar sisa-sisa makanan tidak membusuk di rongga mulut.
sumber :Penyidi.blogspot.com
Thursday, 28 July 2011
Thursday, 21 July 2011
PEDOMAN UNTUK ISTERI
"Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya" www.familiazam.com "Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga" "Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial" www.familiazam.com "Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri" "Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan" www.familiazam.com "Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah" "Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai" www.familiazam.com "Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya" "Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya" www.familiazam.com "Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat" "Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya" "Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami" www.familiazam.com "Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka" "Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senangdan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga" "Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai" www.familiazam.com "Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami" "Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan" Sumber:Famili Azam Dot Com |
HIMPUNAN DOA RAMADAN
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."http://familiazam.com
Hari Kedua:
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"http://familiazam.com
Hari Ketiga:
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”http://familiazam.com
Hari Keempat:
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.” http://familiazam.com
Hari Kelima:
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.” http://familiazam.com
Hari Keenam:
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”http://familiazam.com
Hari Ketujuh:
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.” http://familiazam.com
Hari Kelapan:
“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.” http://familiazam.com
Hari Kesembilan:
“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.” http://familiazam.com
Hari Kesepuluh:
“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.” http://familiazam.com
Hari Kesebelas:
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”http://familiazam.com
Hari Kedua Belas:
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.” http://familiazam.com
Hari Ketiga Belas:
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.” http://familiazam.com
Hari Keempat Belas:
“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.” http://familiazam.com
Hari Kelima Belas:
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.” http://familiazam.com
Hari Keenam Belas:
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.” http://familiazam.com
Hari Ketujuh Belas:
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.” http://familiazam.com
Hari Kelapan Belas:
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”http://familiazam.com
Hari Kesembilan Belas:
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.” http://familiazam.com
Hari Kedua Puluh:
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”
Hari Kedua Puluh Satu:
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”
Hari Kedua Puluh Dua:
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”
Hari Kedua Puluh Tiga:
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”http://familiazam.com
Hari Kedua Puluh Empat:
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”http://familiazam.com
Hari Kedua Puluh Lima:
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”http://familiazam.com
Hari Kedua Puluh Enam:
“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”http://familiazam.com
Hari Kedua Puluh Tujuh:
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.” http://familiazam.com
Hari Kedua Puluh Lapan:
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”http://familiazam.com
Hari Kedua Puluh Sembilan:
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.” http://familiazam.com
Hari Ketiga Puluh:
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
Sumber: Famili Azam Dot Com
MAKNA NOMBOR PADA TAYAR
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.www.familiazam.com
www.familiazam.com
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.www.familiazam.com
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg) www.familiazam.com
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.www.familiazam.com
Sumber: Akhbar Harian Metro
Diterbitkan Pada: 02 April 2005
www.familiazam.com
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.www.familiazam.com
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.www.familiazam.com
Sumber: Akhbar Harian Metro
Diterbitkan Pada: 02 April 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)
